Pada awal 50-an, surat
khabar, radio dan televisyen (TV) sebagai medium untuk kita mendapatkan maklumat
atau pemberitahuan. Dengan harga RM0.20 kita boleh membeli senaskah akhbar,
bermula jam 5 petang siaran TV beroperasi dan radio yang penuh dengan
naratifnya. Maklumat yang diberi juga amatlah terhad dan tidak menyeluruh dek
kerana senario ketika itu.
Namun, pemodenan arus perdana telah mengembangkan dunia
media sehingga menjadi rujukan utama pada hari ini. Seperti yang ketahui,
informasi-informasi hanya diperolehi di hujung jari sahaja. Media hari ini
telah menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit demi menyalurkan info yang
terbaik. Kewujudan media baru telah membuktikan bahawa kalian tidak ketinggalan
malah selari dengan negara-negara lain.
Apakah media baru? Media baru adalah Internet. Internet
ialah wahana maklumat yang secara terus (directly) kepada penggunaa. Internet merupakan
dasar langit terbuka dek kerana informasi yang ada datang dari pelusuk seantero
dunia. Antara kepenggunaan internet secara meluas adalah menerusi laman sosial
dan blog.
Blog dan laman sosial merupakan media alternatif di mana
ia telah memberi peluang kepada kalian untuk meluahkan isi hati, pandangan atau
pendapat tentang sesuatu perkara. Laman sosial seperti Facebook, Twitter,
MySpace dan sebagainya mampu menghubungkan kalian bersama teman lain walaupun
memakan jarak yang jauh. Kalian boleh ber'chatting' dan berkongsi segalanya
menerusinya. Manakala blog pula ialah laman untuk blogger menghasilkan karya
atau hasil tulisan mereka. Mereka juga menggunakan blog untuk menyatakan
pendapat atau komen mereka mengenai sesuatu perkara. Mereka umpama wartawan
baru internet (Online Journalism).
Akan tetapi, blogger dan juga penguna laman sosial telah
menyalahgunakan peluang tersebut. Mereka mengguna internet sebagai tempat untuk
menyebar fitnah dan menghasut minda pengguna lain. Mereka juga turut memuat naik
video-video yang mengaibkan setengah pihak dan lebih parah lagi mencemarkan
imej negara. Sebagai contoh, awal tahun ini, ada blogger yang telah memuat naik
video mengenai pergaduhan di tengah lebuhraya secara terang-terangan sehingga
berlaku pendarahan menerusi blognya. Namun, video tersebut telah tersebar
secara meluas menerusi laman YouTube. Banyak orang telah menonton dan memuat
turun video tersebut. Lebih parah lagi, video tersebut boleh ditonton oleh
pengguna lain di seluruh dunia.
Impak dari video tersebut, imej negara akan tercemar dan
pastinya mangsa dan keluarga akan turut berasa malu. Perpaduan dan keharmonian
negara akan turut terjejas sekiranya ada pihak yang menggunakan video tersebut
bagi tujuan tertentu. Pengguna kanak-kanak pula akan cuba untuk mengikut aksi
pergaduhan tersebut dan mempraktikkan ia kelak. Fenomena sebergini sedikit
sebanyak mampu meracun minda-minda sesetengah kaum dan bangsa. Mereka akan
berasa bangsa mereka digelak, diherdik dan dipermainkan oleh bangsa lain.
Menerusi media baru ini, pentadbiran politik turut
terganggu. Hal ini kerana akan ada pihak tertentu cuba untuk
memporak-perandakan sesetengah parti dan menyebarkan kenyataan yang tidak benar
serta berunsur fitnah. Kesannya, wujudlah perasaan benci-membenci dan
ketidakpuasan hati sesama manusia. Penyaluran maklumat palsu seperti kematian pemimpin,
selebriti, dan kalian sendiri semakin berleluasa malah akan menimbulkan
perasaan marah dan keliru.
Secara tuntasnya, kepada blogger dan pengguna Internet,
sebelum anda cuba untuk menyebarkan maklumat atau visual, fikirlah dengan
rasional dan relevan sama ada ia adalah sesuatu info ataupun sesuatu kudis
yang akan merebak jauh dalam masyarakat. Fikirkanlah imej negara kita dan
pandangan negara lain terhadap kita selaku majoriti umat islam. Renungkanlah
wahai rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment