Hari ini, terdapat banyak berita dan masalah mengenai perpecahan kaum, moral dan bangsa berlaku berpunca daripada media baru iaitu Internet. Dunia siber yang makin pesat maju ke hadapan ini memudahkan khalayak untuk mengakses pelbagai permintaan yang mereka pinta. Impak buruk dunia tersebut sudah jelas diketahui oleh khalayak, namun kita masih tidak sedar akan pengakhirannya.
Inilah yang dikatakan balkanisasi
siber yang telah jauh meresap ke dalam diri khalayak negara kita. Secara tuntasnya,
balkanisasi adalah kebebasan yang diberi secara terus kepada rakyat yang
mendorong mereka untuk terpisah, menolak perkongsian maklumat, dan lantas pada
suatu tahap yang ekstrim, mereka menjadi ganas sesama sendiri. Konsep inilah
yang dilihat selari dengan senario media massa terutamanya Internet. Hal ini
membolehkan pengguna memperolehi apa sahaja bahan sehingga boleh membentuk
kumpulan-kumpulan yang bersefahaman dan bertentangan dengan pemikiran arus
perdana.
Pelayaran laman sesawang
pornografi secara terus oleh pengguna mampu memisahkan ia dari dunia luar dan
menyebabkan mereka obses dengan bahan yang ditonton. Kesannya, mereka akan cuba
mengaplikasikan apa yang diperolehi kepada dunia nyata. Isu pornografi ini
seperti tiada titik noktahnya. Menjadi tanda tanya mengapa cadangan untuk
menyekat laman web LUCAH belum lagi terlaksana lagi sepenuhnya? Langkah
penyekatan ini tidak boleh dianggap menyekat hak individu. Kita sedar akan
impak yang begitu besar terhadap remaja, belia malah kanak-kanak hari ini. Kalau
diikutkan, bahan-bahan lucah ini wajib dibanteras atau disekat kerana ianya
mendatangkan unsur-unsur negatif yang boleh menjahanamkan masyarakat. Dalam
surah Al-Israa', ayat 23, menyatakan: "Dan
janganlah engkau menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji
dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
Merujuk pula kepada komunikasi tanpa
tertib dalam laman siber juga mampu mengakibatkan perpecahan orang Melayu yang
selama ini terkenal dengan ketinggian budi bahasanya. Menerusi Utusan Malaysia,
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Ir. Datuk sahol Hamid Abu
Bakar berkata, perkara itu dapat dlihat dalam kondisi semasa di mana perdebatan
tentang sesuatu isu dibuat tanpa berlandaskan budi bahasa. Perpecahan sebergini
akan menyebabkan Melayu semakin lemah dan segera diambil kesempatan oleh kaum
lain.
Sistem pentadbiran negara juga akan
tergugat terutama dalam konteks politik negara. Menerusi Internet juga,
sesetengah khalayak cuba mengambil kesempatan dalam menyebarkan fitnah mengenai
parti pembangkang mahupun kerajaan. Mereka cuba untuk memporak-perandakan
keharmonian negara dan menimbulkan ketidakpuasaan antara parti-parti politik. Penggunaan
media baru ini juga akan menyebabkan wujudnya koloni-koloni yang hanya
bersefahaman dan menghindarkan diri dari khalayak yang tidak sehati dengan
mereka. Perpecahan sedikit demi sedikit akan menghasilkan jurang seterusnya
membawa kepada keretakan ummah. Penipuan yang berterusan akan meracun minda
khalayak terutama golongan belia. Pihak tertentu sewajarnya membanteras serta
menapis seluruh media tradisional serta baru daripada menyebarkan bahan-bahan
yang tidak ada justifikasi dan rasionalnya.
Konklusinya, dunia siber boleh di
analogi sebagai pisau yang tajam dan banyak kegunaannya tetapi jika kita tersalah
guna maka buruk parahnya. Maka rakyat Malaysia seharusnya bijak dalam
menggunakan medium Internet sebagai rujukan utama bukan untuk menjatuhkan atau
mempunyai niat tertentu.
No comments:
Post a Comment