Thursday 31 October 2013

The Implication of Online Journalism (Malay)

Pada awal 50-an, surat khabar, radio dan televisyen (TV) sebagai medium untuk kita mendapatkan maklumat atau pemberitahuan. Dengan harga RM0.20 kita boleh membeli senaskah akhbar, bermula jam 5 petang siaran TV beroperasi dan radio yang penuh dengan naratifnya. Maklumat yang diberi juga amatlah terhad dan tidak menyeluruh dek kerana senario ketika itu.

Namun, pemodenan arus perdana telah mengembangkan dunia media sehingga menjadi rujukan utama pada hari ini. Seperti yang ketahui, informasi-informasi hanya diperolehi di hujung jari sahaja. Media hari ini telah menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit demi menyalurkan info yang terbaik. Kewujudan media baru telah membuktikan bahawa kalian tidak ketinggalan malah selari dengan negara-negara lain.

Apakah media baru? Media baru adalah Internet. Internet ialah wahana maklumat yang secara terus (directly) kepada penggunaa. Internet merupakan dasar langit terbuka dek kerana informasi yang ada datang dari pelusuk seantero dunia. Antara kepenggunaan internet secara meluas adalah menerusi laman sosial dan blog.

Blog dan laman sosial merupakan media alternatif di mana ia telah memberi peluang kepada kalian untuk meluahkan isi hati, pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara. Laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan sebagainya mampu menghubungkan kalian bersama teman lain walaupun memakan jarak yang jauh. Kalian boleh ber'chatting' dan berkongsi segalanya menerusinya. Manakala blog pula ialah laman untuk blogger menghasilkan karya atau hasil tulisan mereka. Mereka juga menggunakan blog untuk menyatakan pendapat atau komen mereka mengenai sesuatu perkara. Mereka umpama wartawan baru internet (Online Journalism).

Akan tetapi, blogger dan juga penguna laman sosial telah menyalahgunakan peluang tersebut. Mereka mengguna internet sebagai tempat untuk menyebar fitnah dan menghasut minda pengguna lain. Mereka juga turut memuat naik video-video yang mengaibkan setengah pihak dan lebih parah lagi mencemarkan imej negara. Sebagai contoh, awal tahun ini, ada blogger yang telah memuat naik video mengenai pergaduhan di tengah lebuhraya secara terang-terangan sehingga berlaku pendarahan menerusi blognya. Namun, video tersebut telah tersebar secara meluas menerusi laman YouTube. Banyak orang telah menonton dan memuat turun video tersebut. Lebih parah lagi, video tersebut boleh ditonton oleh pengguna lain di seluruh dunia.


Impak dari video tersebut, imej negara akan tercemar dan pastinya mangsa dan keluarga akan turut berasa malu. Perpaduan dan keharmonian negara akan turut terjejas sekiranya ada pihak yang menggunakan video tersebut bagi tujuan tertentu. Pengguna kanak-kanak pula akan cuba untuk mengikut aksi pergaduhan tersebut dan mempraktikkan ia kelak. Fenomena sebergini sedikit sebanyak mampu meracun minda-minda sesetengah kaum dan bangsa. Mereka akan berasa bangsa mereka digelak, diherdik dan dipermainkan oleh bangsa lain. 


Menerusi media baru ini, pentadbiran politik turut terganggu. Hal ini kerana akan ada pihak tertentu cuba untuk memporak-perandakan sesetengah parti dan menyebarkan kenyataan yang tidak benar serta berunsur fitnah. Kesannya, wujudlah perasaan benci-membenci dan ketidakpuasan hati sesama manusia. Penyaluran maklumat palsu seperti kematian pemimpin, selebriti, dan kalian sendiri semakin berleluasa malah akan menimbulkan perasaan marah dan keliru.


Secara tuntasnya, kepada blogger dan pengguna Internet, sebelum anda cuba untuk menyebarkan maklumat atau visual, fikirlah dengan rasional dan relevan sama ada ia adalah sesuatu info ataupun sesuatu kudis yang akan merebak jauh dalam masyarakat. Fikirkanlah imej negara kita dan pandangan negara lain terhadap kita selaku majoriti umat islam. Renungkanlah wahai rakyat Malaysia.


Wednesday 30 October 2013

Kongsi BAJET 2014



Pada 25 Oktober yang lalu, seramai 27.4 milion rakyat Malaysia telah menyaksikan Pembentangan Bajet 2014 yang telah dijalankan secara langsung melalui kaca televisyen, radio dan menerusi laman internet secara online. Pembentangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, itu sendiri terus membuktikan bahawa kerajaan telah melaksanakan bajet defisit untuk tempoh 16 tahun berturut-turut sejak dari tahun 1998 lagi.

            Pembentangan bajet yang berlangsung di Dewan Rakyat itu secara keseluruhan telah menyaksikan peningkatan sebanyak RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 billion dengan RM201.9 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 billion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Selari dengan tema bajet kali ini iaitu ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ telah menggariskan lima teras utama yang juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009 lagi. Antaranya:

1.    Teras pertama: Merancak aktiviti ekonomi
2.    Teras kedua: Mengukuhkan pengurusan fiskal
3.    Teras ketiga: Mengunggul modal insan
4.    Teras keempat: Mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
5.    Teras kelima: Mensejahtera kehidupan rakyat


Merujuk kepada lima teras utama yang menjadi kayu pengukur kepada belanjawan kali ini membolehkan kerajaan merealisasikan pelaksanaan sistem ekonomi yang telah dijanjikan bagi kemudahan dan kesenangan yang sama dirasai dengan rakyat di Malayisa. Antara intipati bajet 2014 secara ringkas dan rumusan:

Kadar BR1M Dinaikkan
Seperti yang kita dapat lihat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan sebanyak RM3000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada Rm500 kepada RM650. Manakala individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas pula yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan akan dinaikkan sebanyak RM50 dari RM250 nilai tahun yang lalu. Untuk BR1M 3.0 kali ini diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3000 hingga RM4000 dengan nilai peningkatan bantuan sebanyak RM450.

Kadar Baucar Buku Diteruskan
Untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia sebanyak RM250 bagi setiap pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia diteruskan bagi meringankan bebanan para pelajar dalam menuntut ilmu pelajaran mereka. Hal ini telah melegakan hati para pelajar dek kerana pemberian baucar ini dikekalkan.

Program Perumahan Rakyat
Sebanyak 223000 unit rumah akan dibina dan dijual pada harga berpatutan buat rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan yang rendah. Rumah harga berpatutan akan dibangunkan menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30000 dan RM35000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.

Pembangunan Sukan RM239 juta
Tidak lupa kepada sektor Sukan negara, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaiktaraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini. Sektor sukan juga merupakan elemen yang penting bagi pertumbuhan sesebuah negara dalam menaikkan imej Malaysia.

Program Pertanian
Bagi sektor pertanian pula, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil. Dengan kenaikan belanjawan untuk sektor ini, rakyat bolehlah mempertingkatkan teknologi dan penggunaan infrastruktur mereka kepada satu peringkat yang lebih tinggi dan menguntungkan mereka. Hal ini dapat memberi peluang kepada rakyat untuk terus menceburkan diri dalam pembangunan sektor pertanian.

Secara konklusinya, pembentangan Bajet 2014 ini sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa kerajaan Malaysia kini mula mengorakkan langkah perlahan-lahan dalam mengembangkan ekonomi negara dalam pelbagai sektor dan juga mengutamakan rakyat. Walaupun bajet yang dibentangkan mungkin tidak memenuhi keperluan rakyat dan setengah pihak, harus diingatkan bahawa pembangunan dan pembinaan negara ke arah yang lebih maju bukan terjadi masa sehari tetapi mengambil masa yang lama. Bajet kali ini juga semoga dapat meringankan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari pelbagai pihak sementara kita dapat berkongsi rezeki yang dikurniakan oleh Maha Pencipta kita. Firman Allah S. W. T. Dalam surah Al-Qasas, ayat ke-77, yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada keperluan di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu yakni di atas pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah".# (http://www.mysumber.com/berita/ringkasan-intipati-kandungan-bajet-2014-belanjawan)