Thursday 31 October 2013

The Implication of Online Journalism (Malay)

Pada awal 50-an, surat khabar, radio dan televisyen (TV) sebagai medium untuk kita mendapatkan maklumat atau pemberitahuan. Dengan harga RM0.20 kita boleh membeli senaskah akhbar, bermula jam 5 petang siaran TV beroperasi dan radio yang penuh dengan naratifnya. Maklumat yang diberi juga amatlah terhad dan tidak menyeluruh dek kerana senario ketika itu.

Namun, pemodenan arus perdana telah mengembangkan dunia media sehingga menjadi rujukan utama pada hari ini. Seperti yang ketahui, informasi-informasi hanya diperolehi di hujung jari sahaja. Media hari ini telah menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit demi menyalurkan info yang terbaik. Kewujudan media baru telah membuktikan bahawa kalian tidak ketinggalan malah selari dengan negara-negara lain.

Apakah media baru? Media baru adalah Internet. Internet ialah wahana maklumat yang secara terus (directly) kepada penggunaa. Internet merupakan dasar langit terbuka dek kerana informasi yang ada datang dari pelusuk seantero dunia. Antara kepenggunaan internet secara meluas adalah menerusi laman sosial dan blog.

Blog dan laman sosial merupakan media alternatif di mana ia telah memberi peluang kepada kalian untuk meluahkan isi hati, pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara. Laman sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan sebagainya mampu menghubungkan kalian bersama teman lain walaupun memakan jarak yang jauh. Kalian boleh ber'chatting' dan berkongsi segalanya menerusinya. Manakala blog pula ialah laman untuk blogger menghasilkan karya atau hasil tulisan mereka. Mereka juga menggunakan blog untuk menyatakan pendapat atau komen mereka mengenai sesuatu perkara. Mereka umpama wartawan baru internet (Online Journalism).

Akan tetapi, blogger dan juga penguna laman sosial telah menyalahgunakan peluang tersebut. Mereka mengguna internet sebagai tempat untuk menyebar fitnah dan menghasut minda pengguna lain. Mereka juga turut memuat naik video-video yang mengaibkan setengah pihak dan lebih parah lagi mencemarkan imej negara. Sebagai contoh, awal tahun ini, ada blogger yang telah memuat naik video mengenai pergaduhan di tengah lebuhraya secara terang-terangan sehingga berlaku pendarahan menerusi blognya. Namun, video tersebut telah tersebar secara meluas menerusi laman YouTube. Banyak orang telah menonton dan memuat turun video tersebut. Lebih parah lagi, video tersebut boleh ditonton oleh pengguna lain di seluruh dunia.


Impak dari video tersebut, imej negara akan tercemar dan pastinya mangsa dan keluarga akan turut berasa malu. Perpaduan dan keharmonian negara akan turut terjejas sekiranya ada pihak yang menggunakan video tersebut bagi tujuan tertentu. Pengguna kanak-kanak pula akan cuba untuk mengikut aksi pergaduhan tersebut dan mempraktikkan ia kelak. Fenomena sebergini sedikit sebanyak mampu meracun minda-minda sesetengah kaum dan bangsa. Mereka akan berasa bangsa mereka digelak, diherdik dan dipermainkan oleh bangsa lain. 


Menerusi media baru ini, pentadbiran politik turut terganggu. Hal ini kerana akan ada pihak tertentu cuba untuk memporak-perandakan sesetengah parti dan menyebarkan kenyataan yang tidak benar serta berunsur fitnah. Kesannya, wujudlah perasaan benci-membenci dan ketidakpuasan hati sesama manusia. Penyaluran maklumat palsu seperti kematian pemimpin, selebriti, dan kalian sendiri semakin berleluasa malah akan menimbulkan perasaan marah dan keliru.


Secara tuntasnya, kepada blogger dan pengguna Internet, sebelum anda cuba untuk menyebarkan maklumat atau visual, fikirlah dengan rasional dan relevan sama ada ia adalah sesuatu info ataupun sesuatu kudis yang akan merebak jauh dalam masyarakat. Fikirkanlah imej negara kita dan pandangan negara lain terhadap kita selaku majoriti umat islam. Renungkanlah wahai rakyat Malaysia.


No comments:

Post a Comment